Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 6, 2013

No Comment
36 Maut Bas Bertembung Lori Tangki Minyak


LAGOS (Nigeria) – Sekurang-kurangnya 36 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah lori tangki minyak yang bertembung dan meletup di barat daya Nigeria, demikian menurut pihak berkuasa.
Letupan berlaku di negeri Edo, Nigeria, lewat malam semalam.
Jurucakap Persekutuan Keselamatan Jalan Raya, Jonas Agwu, berkata tiga penumpang terselamat dalam kemalangan itu.
Beliau berkata, kemalangan menyebabkan api marak berjam-jam sehingga menyukarkan pegawai keselamatan mengenal pasti jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan itu.
Nigeria mempunyai jaringan jalan raya paling teruk di Afrika Barat walaupun memiliki kekayaan hasil minyaknya. – AP

0 comments:

Post a Comment