Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 2, 2013

One Comment

Abil: Gee Pergi Dengan Tenang
Abil: ‘Gee Pergi Dengan Tenang’ - SHAH ALAM : Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban.
Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44.
“Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.
“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang,” kata Abil kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini.
Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.
Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed. – Sinar Harian

1 comments:

  1. Innalillah.. abil memang suami yg sgt baik dan bertanggungjawab.. suami yg sgt setia menjaga isteri yg menderita sakit hingga akhir hayat... semoga setiap lelaki yg bergelar suami ada rasa tanggungjawab dan sikap mcm abil..semoga arwah gee tenang disana dn ditempatkan dlm golongan beriman...

    ReplyDelete