Nikah Kali Kedua, Suami Siti Fazurina Tak Mahu Komen - KUALA LUMPUR : Pelakon Siti Fazurina telah pun bernikah buat kali kedua pada 20 Mac lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.
Meskipun mereka telah pun selamat diakad nikah di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22, namun portal murai.com.my cuba mendapatkan komen daripada pasangan ini.
Malangnya, suami Siti Fazurina tidak mahu memberikan sebarang komen atau kenyataan mengenai perkahwinan kali kedua mereka.
“Saya memang tidak mahu memberikan sebarang komen, lebih-lebih mengenai hal ini, maaf,” katanya yang tidak mahu mengulas lanjut ketika dihubungi murai.com.my. Malah, Siti Fazurina selepas itu gagal dihubungi.
Terdahulu, Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, telah melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Perkahwinan mereka ketika itu tidak mendapat restu dan di laur pengetahuan keluarga Fazurina.
Malah, ibu bapanya mendakwa perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya. – Murai
Seronok dapat hadir kursua kahwin dgn fazurina dan haikal.. gambar kenangan pun disimpan rapi.. semoga berbahagia ke akhir hayat..
ReplyDelete