Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 6, 2013

No Comment

‘Mana Anak Aku’
‘Mana Anak Aku’ - Kuantan: “Ya Allah Ya Rabbi….anak aku. Astaghfirullahallazim, mana anak aku?.
Demikian jeritan seorang ibu, Zaituni Radimus Ali Ahmad, 40, ketika mencari anaknya yang ditinggalkan di rumah sejurus melihat kediamannya itu hangus dalam kebakaran di Kampung Haji Ali, Batu 6, Jalan Gambang, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Zaituni yang mengandung empat bulan berlari sambil menjerit ketika melihat api ‘menjilat’ rumahnya sejurus pulang daripada melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Jaya Gading, di sini.
Dalam keadaan kelam-kabut, ibu enam anak itu meraung mencari anak bongsunya yang berusia enam tahun, Mohd Haikal Mohd Saipul, yang ditinggalkan di rumah jiran sebelah rumahnya yang turut hangus dalam kebakaran berkenaan.
‘Mana Anak Aku’
Dalam kejadian membabitkan lapan rumah itu dan sebuah kedai makan serta sebuah kereta Perodua Kancil hangus dijilat api menyebabkan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang. – Metro

0 comments:

Post a Comment