Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 4, 2013

No Comment
perda3


RUPA-RUPANYA Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencapai genap usia 14 tahun selepas ditubuhkan pada 4 April 1999.
“Salam Reformasi! Hari ini 4 April adalah tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional. Satu wadah baru perjuangan dan kebangkitan rakyat. Selamat hari keadilan. Reformasi!” kata Wan Azizah sempena ulang tahun itu pada lidah rasmi parti itu, Keadilandaily.com
Pelancaran KEADILAN berlangsung di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April 1999.
“Sejarah mencatatkan Parti Keadilan Nasional dilancarkan penubuhannya pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur,” kata Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di twitter.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999, Parti Keadilan Nasional membentuk kerjasama dengan PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), dikenali sebagai Barisan Alternatif.
Pada 3 Ogos 2003, Parti Keadilan Nasional dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kuala Lumpur.
Selamat hari jadi PKR…semoga ‘panjang umur, murah rezeki’…

0 comments:

Post a Comment