Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 4, 2013

No Comment
Tok Mun, 94 Tahun Dijangka Bertanding Lagi Di Terengganu


KUALA TERENGGANU – Tok Mun atau nama sebenarnya, Maimun Yusof, 94, calon paling tua yang menjadi tumpuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008, dijangka bertanding semula pada PRU-13.
Ia berikutan kehadiran beliau di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, jam 10 pagi tadi, dipercayai bagi mengambil borang pencalonan.
Beliau dilihat datang berseorangan dan meninggalkan pejabat SPR dengan menaiki sebuah van.
nekmaimunyusuf
Pada PRU Ke-12, Tok Mun bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Kuala Terengganu dengan menggunakan simbol kunci, menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan PAS, Mohamad Sabu.
tok mun
Bagaimanapun, warga emas itu yang mencari pendapatan dengan menjaja kain dan jeruk buah-buahan menaiki basikal, tewas di tangan calon BN apabila hanya meraih 685 undi. –Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment