PAGI tadi kami menyiarkan klip pergaduhan beberapa orang pelajar wanita di sebuah sekolah yang mencetuskan kegemparan, kali ini sebuah lagi klip yang menunjukkan bagaimana seorang pelajar lelaki pula dipukul teruk oleh rakan-rakannya.
Apa sudah jadi? Walaupun klip-klip ini tidak menggambarkan mutu disiplin pelajar sekolah di negara ini secara keseluruhannya, namun ia tetap mencetuskan kebimbangan terutama di kalangan ibu bapa.
Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak kita mencari ilmu kini mula ‘dihuni’ segelintir pelajar yang cuba menerapkan unsur samseng dalam jati diri mereka.
Bayangkan kalau yang teruk dibelasah itu adalah anak kita sendiri??
INI ADALAH adalah reaksi pihak polis mengenai kejadian tersebut;
Berikutan penyebaran sebuah klip video buli seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah, pihak polis ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut , agar melaporkannya di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan dijalankan.
Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan polis di balai polis terdekat.
0 comments:
Post a Comment