Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 10, 2013

One Comment
image


PAGI tadi, sebuah rumah teres yang dihuni dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Jalan Imam Abdul Aziz, Klang dekat sini dibakar, dipercayai kerana dendam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.
“Ketika kejadian, anggota saya sedang tidur dan bergegas keluar (dari bilik tidur) apabila terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah.
“Mereka kemudian bertindak keluar dari rumah apabila melihat pintu depan rumah mereka dijilat api dan terkejut apabila empat tayar kereta Toyota Unser dan bonet belakang Proton Saga milik mereka yang diparkir di depan rumah turut dijilat api,” katanya di sini.
Beliau berkata bagaimanapun kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian oleh mangsa menggunakan air dari
“Polis tidak menolak kejadian ini berunsur dendam kerana pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui beberapa botol plastik yang mempunyai kesan minyak yang kita percaya digunakan dalam kejadian ini,” katanya.
Shukor berkata rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumah jiran mangsa turut menunjukkan kelibat dua lelaki melakukan perbuatan itu.
“Kami masih melakukan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek dan berkemungkinan kedua-dua mangsa adalah sasaran berdasarkan bidang kerja masing-masing dan suspek yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” kata Shukor.
KELMARIN, seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.
Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.
NS02_060413_KES_TEMBAK
“Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri,” katanya.
Katanya, hasil siasatan polis menemui sembilan kelongsong peluru di hadapan rumah mangsa dan dipercayai pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.
Katanya, tembakan rambang itu tidak mengenai mangsa dan keluarganya sebaliknya beberapa bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu rumah mangsa.
“Kita syaki kejadian ini ada kaitan dengan satu ugutan yang diterima mangsa berhubung dengan satu tangkapan berkaitan dengan dadah baru-baru ini dan buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk memburu suspek yang terlibat,” katanya.
NAMPAKNYA semakin hari semakin ramai penjenayah yang mula mencabar pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas mereka…mereka semakin liar dan kurang ajar.
Lihat saja video di bawah, polis dimaki dengan perkataan lucah dan sebagainya.
Sesuatu harus dilakukan agar semua pihak menghormati tugasan mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini!

1 comments:

  1. Peranan polis yang tidak professional punca kebanyakkan rakyat benci polis. Polis diberi imbuhanan tinggi tapi tidak menjalankan tanggungjawab sempurna untuk rakyat. Polis nyata hanya menjadi kuda tunggangan UMNO/BN untuk menindas parti pembangkang. Rakyat nampak dan rakyat tak suka polis sebab tu. Dalam masa yang sama polis berkompromi dengan gangster dan hanya menangkap yang kutil kutil saja. Bapak jerung bebas bergiat.
    Dalam polis memberi tumpuan kepada menindas parti pembangkang, kepentingan rakyat terabai.
    Contoh:
    Saya penduduk Pontian, Johor. Waktu puncak dijalanraya ialah dari 6.30am hingga 7.30am. Masa kanak-kanak pergi sekolah dan ibubapa pergi kerja. Masaalahnya, kenapa tak ada sorang pun polis yang memantau jalanraya. Masa itu macam macam bahaya dilakukan oleh pengguna jalanraya - motor/basikal (ada kereta pun) melawan arus, penunggang basikal jalan bersaing dll. Memandu masa ini macam pergi perang.
    Bandar Pontian ada balai polis sebesar-besarnya. Tapi time waktu puncak tak ada sorang pun polis kat jalan. Kalu ada jumpa pun kat kedai makan, tengah sarapan. Sepatutnya pada masa puncak ni lah polis patut buat pantauan dan membantu perjalanan kenderaan. Dengan ada kehadiran polis pengguna jalan akan lebih berhemah dan mematuhi undang-undang. Ni baru ada fungsi.
    Kalau tidak, buat apa ada jabatan polis yang besar tapi tak guna. Gaji dah besar tapi tak banyak manafaat buat rakyat. Betul kata orang, tunggu ada yang dah mati baru polis nak bertindak.

    ReplyDelete