Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 24, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima zakat perniagaan berjumlah RM6.2 juta daripada tiga buah syarikat untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini.

Syarikat-syarikat itu ialah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), NCB Holdings Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Zakat perniagaan daripada Nafas adalah sebanyak RM1,863,203 bagi tahun kewangan berakhir 2011 disampaikan oleh Pengarahnya Datuk Ramli Norani manakala Pengarah NCB Tan Sri Datuk Wan Abdul Rahman Wan Yaacob pula menyerahkan zakat berjumlah RM2,263,690 bagi tahun 2012.

Sementara itu, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Abdul Rahman yang mewakili syarikat itu menyerahkan zakat sebanyak RM2,096,552 bagi tahun kewangan berakhir 2013.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohamed Izam Mohamed Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment