Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 21, 2014


Kuala Lumpur, 21 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat peniaga-peniaga yang menjual pakaian bercetak ayat-ayat suci al-Quran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil terhadap peniaga-peniaga yang menjual pakaian seumpama itu mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"PDRM dengan kerjasama KPDNKK sedang mengenal pasti beberapa peniaga yang menjual pakaian atau baju yang mempunyai tulisan suci al-Quran.

Tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang ada selepas kita mengenal pasti peniaga yang tidak mematuhi peraturan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Wanita UMNO dan Pasukan Beruniform yang disempurnakan oleh Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir dalam majlis itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Datuk Zaitun Ab Samad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar yang tersebar luas dalam laman sosial Facebook mengenai seorang wanita warganegara Korea yang memakai baju tertera ayat al-Quran dan sedang dimarahi oleh seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang dekat sini .

"PDRM akan menjalankan siasatan dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang," kata beliau. - BERNAMA

1 comments:

  1. siasat jangan tak siasat.. takut2 maksud ayat tu "aku tidak salah" di tulis dalam bahasa arab jadi bentuk mcm ni ...لم أكن مخطئا ... susah pulak nak explain nnt.. tulisan arab sama dgn al quran sebab dari arab kan.. so mmg susah la org arab nak berniaga klu ada tulis jawi..silap2 nak tulis made in malaysia pon jadi haram.. المحرز في ماليزيا (pakai google translate je)

    ReplyDelete