Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 27, 2012

No Comment
Aston Martin

Aston Martin ialah jenama kereta yang sinonim dengan kemewahan. prestasi tinggi dan James Bond. Sejak Aston Martin DB5 menjadi kereta pilihan James Bond di dalam Goldfinger. Semenjak dari itu Aston Martin DBS dan Vanquish turut digunakan oleh perisik playboy terkemuka dunia ini.


Sempena ulang tahun Aston Martin yang ke 100 tahun hadapan, Aston Martin memperkenalkan Vanquish 2013. Ianya model terbaru Vanquish yang kali terakhir dihasilkan pada tahun 2007 setelah kilang pembuatannya ditutup pada tahun 2007akibat masalah kewangan. Dari segi rupa Vanquish 2013 mempunyai persamaan denganDBS dan One-77. Chasis aluminium V nya diperkukuhkan dan  kini 25% lebih teguh dari chasis sebelumnya. Keseluruhan badan kereta juga dibina sepenuhnya menggunakan gentian karbon buat pertama kali dalam sejarah Aston Martin. Rekaan chasis yang kukuh serta badan yang ringan ini digandingkan dengan enjin 6 liter V12 565 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum kereta ini sekitar 294 Kmj.Aston Martin Vanquish terkini akan mula dijual Mac tahun hadapan dengan harga USD 275 000 (RM 847 000) sebuah tidak termasuk cukai. 





Sumber - BlogSerius

0 comments:

Post a Comment