KL GANGSTER 2
Kehadiran KL Gangster
2 ini akan lebih ganas berbandingkan KL Gangster 1 yang juga sebuah
filem paling laris di malaysia ketika itu dengan kutipan lebih dari
11juta sewaktu Filem KL Gangster 1 itu di tayangkan di lebih 60 buah
pawagam di malaysia sahaja.jadi adakah kl gangster 2 ini akan lebih
laris lagi dari kl gangster?.itu belum di pastikan kerana buat masa ini Filem KL Gangster 2 sedang dalam pengemberaan dan mungkin akan di tayangkan hujung tahun 2012 ini ataupun lebih awal.Filem KL Gangster 2 ini
akan bakal masuk BOX OFFICE!!.sebuah filem terbitan syamsul yusuf dan
dilancarkan oleh Skop Production Sdn Bhd.dengar-dengar pelakon hebat
ong-back di jemput sekali tapi bila dilihat barisan pelakon utama Filem KL Gangster 2 ini
tony jaa (ong-back) tiada puntersenarai dalam seranai pelakon utama
itu.entah mungkin khabar itu hanya satu pengkarutan.dan mugkin kalau
ya,tony jaa mungkin hanya pelakon sandaran ataupun sampingan.di bawah
ini merupakan barisan pelakon utama dalam Filem KL Gangster 2.
PELAKON UTAMA
Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor.
SINOPSIS
Dua beradik, Malek lakonan Aaron
Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster
secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh
kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster
yang meminta hutang ayah mereka dulu.
Mereka
hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan
(Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau
dengan apa cara sekalipun.
Walaupun
Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan
nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka
menghidap penyakit barah.
Shera
telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL
dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan
perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya.
King
(Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan
kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan
bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg
besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu
ditanggung untuk merawat ibunya.
King
mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah
dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya
terlibat dengan kegiatan gangster.
Sementara
itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan
King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King,
mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.
Malek
ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya,
dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas
dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?kredit sinopsis
0 comments:
Post a Comment