KUALA LUMPUR – Doa peminat yang ingin melihat pelakon wanita, Anne
Ngasri dengan kekasih hatinya, Aliff Aziz berbaik dan bersatu kembali
tidak menjadi kenyataan.
Menerusi laporan akhbar BiPop, Anne mengakui yang dia dan artis dari negara Singapura itu sudah pun putus cinta baru-baru ini.
Bagi Anne, dia menganggap sudah tidak ada
jodoh antara dia dan Aliff lagi walaupun sudah lama menyulam rasa cinta antara diri masing-masing.
Malah, Anne juga menafikan yang punca perpisahan itu berlaku disebabkan
tekanan dari keluarga atau pun kenyataan yang pernah dibuat oleh
kakaknya, Darling Ngasri di media.
“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini.
“Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling
terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia
(Aliff) yang cukup peribadi,” kata Anne.
Enggan berkongsi punca sebenar hubungan cinta mereka tidak menjadi, Anne
mahu perkara itu menjadi rahsia antara dia dan Aliff sahaja.
Walaupun hubungan mereka tidak sempat ke jinjang pelamin, Anne bersyukur
kerana dapat merasai kasih dan sayang yang diberikan oleh Aliff
kepadanya.
Justeru, dia akan tetap tabah menghadapi dugaan dalam mencari cintanya
dan berdoa supaya ditemukan cinta yang mampu mengubat luka hatinya.
“Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai
kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa
rugi.
“Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini
dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang
mengandung pada usia 2 bulan,” katanya.
Semalam, seorang peminat setia Anne dan Aliff telah memujuk pelakon
wanita itu untuk berbaik dan memaafkan kesalahan Aliff melalui profil
Instagram Anne.
Kata peminat itu, Aliff banyak meluahkan rasa sedihnya menerusi laman sosial Twitter yang berharap agar dirinya diterima semula.
0 comments:
Post a Comment