Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 13, 2012

One Comment



Sukar untuk kita lihat sesebuah helmet itu boleh dilipat apatah lagi bentuk fizikalnya yang dibuat keras. Namun helmet atau topi keledar istimewa ini adalah dikhaskan untuk penunanggang basikal  sahaja untuk aktiviti beriadah mahupun lasak. Topi keledar boleh dilipat yang telah direka oleh Carrera ini merupakan satu revolusi untuk keselamatan diri penunggang basikal di dalam bandar. Reka bentuk topi keledar ini telah diilhamkan oleh sebuah topi keledar  pistards tua yang dibuat daripada kulit.







Ia mempunyai bingkai yang sangat fleksibel dan mampu memberikan keselesaan terbaik kepada pengguna. Dengan tiada kompromi tentang keselamatan, anda mampu mendapatkan kesesuaian apabila memakainya hasil daripada pemasangan sistem anjal.
Topi keledar ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan pada basikal dan boleh dilipat serta disimpan di dalam beg apabila anda tidak mahu menggunakannya. Tahap tertinggi untuk keselamatan standard topi keledar ini adalah dijamin.
p/s:  - Sungguh menarik rekaan topi keledar ini kerana didatangkan dalam bentuk yang fleksibel kerana ia mudah disimpan. Walaupun secara jelasnya, ia bukanlah dilipat seperti kain, namun sekurang-kurangnya topi keledar ini mampu disimpan dalam ruang yang kecil. Menarik bukan?

1 comments: