London : Seorang wanita yang tertekan kerana gagal ujian memandu untuk kali keempat selepas menjalani 90 kelas memandu telah bertindak nekad dengan membakar dirinya, namun dia bernasib baik apabila jiran yang melihatnya telah menghubungi ambulans.
Namun akibat tindakan bodohnya itu, Yamkala Sapkota bukan sahaja mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan malah dia juga telah dihukum penjara setahun atas dakwaan cuba mencederakan orang lain dan harta benda.
Mujur hakim bersimpati dengannya dan menangguhkan hukuman penjara itu dengan syarat dia berkelakuan baik.
Kejadian berkenaan bermula selepas Yamkala bengang dengan kata-kata suaminya “awak boleh mati jika awak mahu’ .
Dengan rasa marah, Yamkala kemudiannya menulis nota bunuh diri namun tindakannya itu dilihat jiran, dan api yang membakarnya telah dipadamkan oleh bomba.
Yamkala kemudiannya diberikan morphine dan oksigen dan dibawa ke hospital.
Dia mengalami kecederaan akibat melecur di muka, tangan dan bahagian belakang sehingga terpaksa menjalani pembedahan menggantikan kulit yang melecur itu.
Yamkala dan suaminya berasal dari Nepal dan datang ke Britain, lapan tahun lalu.
Selepas kejadian itu, dia diberikan penilaian psikiatrik, namun disahkan tidak mengalami masalah mental.
Sementara itu Hakim Lord Banntyne ketika memberikan penghakimannya berkata, beliau mengambil keputusan yang jarang dilakukan iaitu dengan menangguhkan hukuman penjara itu selama setahun.
Namun beliau memberi amaran, jika Yamkala gagal berkelakuan baik, maka beliau akan menangani kes itu dengan kaedah lain.
“Saya percaya awak tidak akan melakukannya lagi,’’ katanya. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment