Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 21, 2012

No Comment
Facebook PDRM Siap Ada Sambutan Ulangtahun!


Penulis sebenarnya sudah lama hendak menulis mengenai  Fanpage Facebook PDRM.
Namun, tidak pernah dapat satu punca atau sebab yang kukuh untuk berbuat demikian.
Cuma, pagi ini bila bukak FB, penulis ternampak benda berikut;
ULANG TAHUN KE 2 FACEBOOK PDRM DAN ULANG TAHUN PERTAMA BAGI TWITTER PDRM:
Sempena Ulang Tahun ke 2 Facebook PDRM dan Ulang Tahun Pertama bagi Twitter PDRM, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi ucapan penghargaan diucapkan kepada semua fan FB PDRM yang telah mencapai 169,000 dan 44,115 follower Twitter PDRM. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama bagi membanteras, mencegah dan menghebahkan info jenayah melalui platform media sosial.
Teruskanlah sokongan anda melalui platform Facebook PDRM dan Twitter Rasmi PDRM. 
“Kesempurnaan itu adalah mustahil, namun menuju kesempurnaan adalah matlamat kami!”
Wow…rasanya ini kali pertama penulis jumpa sambutan ulangtahun untuk fanpage. Ia dinamakan Ulang Tahun Media Sosial PDRM.
Siap dengan motto dan macam-macam. Siap ada pilih pemenang lagi.
Mark Zuckerberg (pencipta FB) mesti tumpang gembira kalau dia tahu. Mungkin PDRM akan jadi trend-setter untuk fanpage yang lain.
Namun, tolaklah semua itu ketepi.
Apa yang penulis benar-benar hendak sampaikan ialah ucapan tahniah kepada PDRM dan admin-admin page berkenaan.
Pada hemat penulis, daripada banyak-banyak fanpage jabatan atau agensi kerajaan, tidak ada yang dikelolakan sebaik fanpage PDRM.
Ini bukan hendak mengampu atau apa, pasal penulis tak kenal pun siapa admin-admin berkenaan, namun sebagai seorang yang mengoptimumkan penggunaan FB dalam memajukan jenama Mynewshub, penulis tahulah hendak menilai satu fanpage yang bagus dan sebaliknya.
Fanpage PDRM dikemaskini setiap hari dan banyak bahan-bahan berkaitan kejadian jenayah serta kaedah pembanterasan dimuat naik setiap hari.
Bukti nyatalah pihak yang bertanggungjawab menjaga fanpage PDRM memang buat kerja dan bukannya makan gaji buta.
Banyak kali penulis dan rakan wartawan di Mynewshub mendapat bahan berita yang menarik dari Fanpage PDRM.
Kebanyakkan isu terkini diulas dengan baik. Kalau lihat semasa perhimpunan Bersih, fanpage PDRM dikemas-kini jauh lebih baik dari sebahagian besar portal berita dalam talian yang ada.
Kesungguhan para admin untuk berhubung dengan masyarakat juga sesuatu yang perlu dihargai.
Cuma ada kalanya sesetengah pengguna FB ni boleh diletakkan dalam kategori biadap apabila memberikan komen-komen yang tidak sewajarnya di wall FB PDRM itu.
Siap maki hamun polis apa semua. Memanglah kekadang polis pun ada jugak silap.
Contohnya, kawan baik penulis buat laporan pasal ditipu berhampiran Taman Danau Desa, dah 3 minggu pegawai penyiasat yang sepatutnya dari Ibupejabat Polis Daerah Brickfields telefon, tak telefon sampai hari ni ajak jumpa untuk memulakan siasatan.
Yelah, kalau telefon tidak, mana nak harap kes dapat diselesaikan…betul tak.
Tapi adakah itu bermakna penulis atau rakan penulis berhak hendak maki hamun keseluruhan jabatan polis yang bersungguh-sungguh membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman.
Ramai yang buat kerja ikut aturan walaupun berhadapan dengan beban kerja yang keterlaluan.
Walaupun fanpage PDRM kadang-kala dijadikan medan untuk maki hamun polis, namun tidak pernah lagi mana-mana admin yang melenting tak tentu hala. Satu lagi ia fanpage yang bukan sahaja cekap, malah dikelolakan dengan penuh profesionalisme.
Dan bukan sekadar fanpage, twitter polis pun dikendalikan dengan berkesan.
Ini memperlihatkan PDRM bukan sahaja cekap, tetapi tidak ketinggalan dalam aspek menggunakan media baru yang semakin hari semakin kuat dan lebih berpengaruh daripada media konvensional.
Jika fanpage itu dijaga dengan begitu baik, maka memang layaklah ada sambutan ulangtahun apa semua.
Jabatan kerajaan yang lain pun kalau boleh ikutlah cara PDRM buat kerja.
Kalau setakat orang lain bukak akaun FB anda pun nak bukak tapi tak dikelolakan dengan baik, elok tutup ajelah kan.
 Oleh: AK-47 - MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment