Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 3, 2012

No Comment

Karl Shafek Bakal Jadi Penganti Aznil?
KUALA LUMPUR : Pengacara yang semakin meningkat naik menerusi rancangan MasterChef Selebriti Malaysia dan Diari On Air, Karl Shafek, 32, dikatakan bakal menjadi pengganti Aznil Haji Nawawi berikutan kerap muncul di kaca televisyen.
Dakwaan itu semakin mendapat perhatian ramai apabila kononnya dia berkawan rapat dengan Aznil untuk memperoleh peluang yang lebih banyak di dalam bidang pengacaraan.
Mengulas mengenai perkara itu, personaliti yang berasal dari Pekan, Pahang ini memberitahu, ia adalah tohmahan daripada pihak yang kurang senang melihat dia muncul dalam beberapa rancangan.
“Hanya kerana saya rapat dengan Aznil orang tuduh macam-macam pula. Saya menghormati Aznil sebagai pengacara yang berpengalaman. Banyak perkara mengenai selok-belok bidang ini saya pelajari daripadanya.
“Saya ikhlas menimba ilmu untuk peningkatan diri dan tidak ambil kesempatan ke atasnya,” kata Karl yang dipetik dari mStar Online.
Tambahnya, buat apa hendak cari masalah dalam kerja kerana ia pasti akan patah balik kepada dirinya satu hari nanti.
Bercerita mengenai populariti diri, Karl mengakui pembabitan dalam kedua-dua rancangan di Astro itu memberikan impak positif apabila dia semakin dikenali.
“Tidak sangka pula semakin ramai orang mengenali saya. Respons yang saya terima di laman sosial dan ketika di tempat umum sejak terlibat dalam rancangan On Air dan MasterChef Selebriti mengejutkan saya.
“Walaupun populariti saya meningkat secara perlahan, ia adalah perkembangan positif yang membanggakan saya secara peribadi,” katanya yang mengidolakan pengacara antarabangsa Ryan Seacrest. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment