Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 2, 2012

No Comment
Kemerdekaan membawa erti yang berbagai kepada semua rakyat Malaysia. Jika salah mentafsir dan salah mengunakan perkataan itu akan memberi impak kepada orang lain. Bukan sahaja perkataan "merdeka" sahaja tetapi semua perkataan pun, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ?? ..lu fikir lah sendiri..
Seperti nasib pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain yang menggunakan perkataan "daif" bagi merujuk Bandar Bintulu. Sehingga kini Nurul Syuhada hanya meminta maaf melalui tweeter beliau tetapi maaf nya hanya merujuk kepada follower tweeter nya yang menegur beliau dan bukan kepada masyarakat Bintulu khas nya.


Semua nya bermula semasa Nurul Syuhada mengacara rancangan siaran langsung MERDEKA 55 di TV3 bersama Fedtri dan telah menyebut statement seperti itu.

 ULASAN CIK NURUL SYUHADA yg menyebabkan penduduk Bintulu/Sarawak marah..........

Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia.

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....
Statement Syuhada kepada kawasan "luar bandar yang daif" itu sama sekali telah membangkitkan kemarahan penduduk Bintulu yang bandarnya merupakan kawasan perindustrian berimpak tinggi yang melibatkan minyak dan gas sejak 1960-an lagi. Isu ini telah tersebar meluas di Facebook dan Tweeter.


Bandar Bintulu bukan lah kawasan luar bandar. Sejak pemerintahan Raja Brooke lagi Bintulu menjadi tempat yang penting untuk permulaan demokrasi di Sarawak dan sejak 1960-an lagi terdapat banyak  peluang pekerjaan yang lumayan di Bintulu menyebabkan ramai tenaga mahir dari Sarawak dan luar Sarawak bekerja di Bintulu kerana industri minyak dan gas.


Nurul Syuhada dan TV3 khas nya harus meminta maaf dan menerangkan kekeliruan secara terbuka kepada rakyat Bintulu khas nya dan Sarawak am nya secepat mungkin untuk meredakan isu ini. Manusia tidak lari dari kesilapan dan saya percaya tidak terlitas bagi Nurul syuhada untuk menyatakannya kerana mungkin tafsiran pihak-pihak  tertentu berlainan dari apa yang hendak disampaikan.

0 comments:

Post a Comment