Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 2, 2012

No Comment

Nasib Malang ‘Hero’ Tanpa Kaki
Kisah kucing jalanan yang mengalami nasib malang apabila kedua kakinya (bahagian depan) dipotong oleh manusia kejam bukan perkara baru bagi sesetengah masyarakat.
Diberi nama Hero, kisahnya mendapat liputan meluas oleh seluruh media dan orang awam berikutan perkara yang menimpa kucing berkenaan amat jarang berlaku di Malaysia ini.
Ringkasan mengenai Hero, ia telah dijumpai oleh saudara Mohd Hairey Yahya di depan kedai runcit ketika datang untuk membeli air.
Keadaan Hero pada ketika itu amat menyayat hati. Ia terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap.
Menurut seorang kanak-kanak, dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang Hero di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing itu bawak sial!
Begitu kejam hati lelaki berkenaan!
Hairey membawa Hero pulang dan merawatnya dengan sendiri berikutan dia tidak mempunyai wang kerana baru bertukar tempat kerja.
Menurut Hairey, keadaannya Hero ketika itu macam ayam golek.
“Hero tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek…kejap2 bergolek… Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah,” katanya yang dipetik melalui blog miliknya www.kakimotong.blogspot.com
Setelah beberapa bulan, Hero pulih dan kini ia terpaksa bergantung sepenuhnya dengan dua kaki belakang.
Pada zaman dulu, semasa Nabi Muhammad s.a.w ingin menunaikan solat, tetapi terdapat seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah.
Oleh kerana tidak mahu mengganggu kucing itu, Rasulullah sangguh memotong serban berkenaan. Begitu hormatnya Rasullah terhadap binatang ini.
Sementara itu, dari Hadith Riwayat Bukhari Ibn Umar r.a pernah bersabda, “Sorang wanita pernah masuk ke neraka kerana membiarkan seekor kucing mati keaparan”.
Kepada mereka yang tidak sukakan binatang, janganlah menyiksa haiwan-haiwan ini, kerana ia juga makhluk bernyawa yang bakal membantu anda suatu hari nanti.
Siapa tahu bukan? Tidak ada perkara yang mustahil di dunia ini. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment