Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 3, 2012

No Comment

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mahukan segera dua penyerang – Michael Owen dan Didier Drogba bagi menyelesaikan masalah krisis jentera serangan pasukannya.
Liverpool Terdesak Mahu Drogba, Owen
Ketumpulan penyerang Liverpool semakin ketara ketika mereka tewas 0-2 kepada Arsenal di Anfield, malam tadi.
“Saya hanya memiliki kelompok kecil pasukan iaitu hanya 19 pemain berlatih semalam (kelmarin) termasuklah beberapa pemain muda.
“Mana-mana pemain yang saya percaya mampu memperkukuhkan pasukan ini akan cuba saya dapatkan. Tiada lagi persoalan.
“Saya tak boleh katakan tidak lagi selepas ini. Saya perlukan sesuatu untuk mengubah skuad ini. Kami perlukan suntikan baru,” kata Rodgers.
Drogba sudah pun dilepaskan kelab China, Shanghai Shenhua semalam manakala Owen masih belum diambil mana-mana pasukan selepas dilepaskan secara percuma oleh Manchester United.
Masalah semakin buruk selepas Liverpool membenarkan penyerangnya, Andy Carroll menyertai West Ham secara pinjaman pada hari terakhir perpindahan pemain, Jumaat lalu.
Biarpun tarikh perpindahan sudah tamat, Drogba dan Owen boleh menyertai kelab baru kerana mereka kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan. - KakiBising

0 comments:

Post a Comment