Seorang usahawan terkemuka India ditemui mati tergantung hanya beberapa
hari selepas dia membuat laporan polis diganggu oleh mentuanya.
Akanksha Rathi, 32, memberitahu polis, ibu dan bapa mentuanya cuba untuk
menghalang dia daripada menuntut harta pusaka suaminya, Anirudh Rathi.
Mereka mendakwa, Akanksha tidak pernah bersikap baik terhadap suaminya.
Ahli perniagaan wanita yang glamor itu dan terkenal di kalangan
perniagaan keluli yang didominasi kaum lelaki ditemui mati di kediaman
ibu bapanya di sini pada 23 Oktober lalu hanya beberapa minggu selepas
suaminya mati akibat serangan jantung.
Akanksha mendakwa keluarga suaminya melakukan penderaan mental ekoran
kematian Anirudh pada 4 September lalu dan cuba menghalangnya mewarisi
sebahagian empayar perniagaan keluli keluarga itu. Akanksha memulihkan
sebuah cawangan perniagaan keluarga itu dengan keuntungan 43 juta pound
(RM215 juta) setahun sejak beberapa tahun lalu dan dia telah memenangi
Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik pada 2009.
Polis berkata, ibu bapa Anirudh merampas harta menantunya itu dan
mendakwa dia tidak berhak untuk mewarisi harta berkenaan selepas dia
berkunjung ke New Delhi untuk menghadiri upacara keagamaan untuk
Anirudh. Dia kemudian dilaporkan hilang dan ditemui tergantung pada
kipas siling di kediamannya selepas mengambil pil tidur.
Pasangan itu berkahwin pada 2004 atas dasar suka sama suka walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapa Anirudh.
Keluarga Anirudh adalah satu daripada keluarga terkaya kasta Jat di
India. Jurucakap polis Abid Khan memberitahu media: “Akanksha memfailkan
aduan mengenai gangguan berkaitan hantaran kahwin terhadap mentuanya
awal bulan lalu.
“Dia menuduh mereka menyeksanya secara mental dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
“Kami telah menghantar pasukan ke Delhi untuk menahan tertuduh yang
dinamakan dalam laporan dibuat, tetapi mereka memperoleh ikat jamin,”
katanya.
Aktivis hak asasi wanita berkata kematian Akanksha menggambarkan
‘hakikat sedih’ kebanyakan wanita di India di mana kecantikan atau
kejayaan tidak dapat mengatasi prejudis kasta.
Ibu Akanksha, Anita Singh berkata: “Justeru tidak dapat menangani trauma dihadapinya, anak perempuan saya mengakhiri hidupnya.”
Thursday, November 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment