Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 1, 2012

01
Nov2012
10 comments


Berita yang amat baik bagi anda yang bekerja di sektor awam,nampaknya kakitangan awam bakal menerima kenaikan lagi sebanyak 5% kenaikan gaji tahunan (KGT).Tetapi,bukankah sudah dinaikkan gaji kakitangan awam sebelum ini?Inilah yang dinamakan rezeki dan tuah kepada lebih dari 1.4 juta kakitangan awam.
Memetik ayat dari beritasemasa,Saat-saat begini, “khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela….

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji kakitangan awam termasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.

Jika disemak semula kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa, sebelum ini dah naik 13% contohnya, jadi sekarang ini Ketua Setiausaha Negara (KSN) nak kaji lagi 5%. Maknanya selepas ini akan menjadi 18%?

kepada anda para pembaca yang sudah pastinya ramai yang sudah bekerja,baik dari kalangan ,kakitangan swasta mahupun awam,apa kata anda, dengan berita mengenai kajian semula skim gaji kakitangan awam untuk tahun 2013 & juga kenaikan gaji tahunan (KGT) tidak lama lagi?

10 comments:

  1. Gaji kakitangan kerajaan naik maka dengan rasminya mengumumkan bahawa :

    B - barang- barang juga akan
    N - naik

    takde bezanya bila gaji naik......bukan meyenangkan malah membebankan lagi adalaaaaa..............

    2013 - Tarif letrik akan naik lagi
    2013 - Bahan bakar akan naik
    2013 - Barangan keperluan akan naik jugak secara
    AUTOMATIK.

    Kena TUKAR pd PRU 13 ni.

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah wahai anak adam dan belajarlah menghargai sebelum semua nikmat tersebut ditarik.

    ReplyDelete
  3. Dahla kerja dgn kerajaan tapi tak reti bersyukur. Kalau sokong sgt PR berenti keje dan pegi keje dgn PR...bangang punya Melayu...buta agama.

    ReplyDelete
  4. kerja dengan PR selepas diorang jadi kerajaan nanti la... haha

    ReplyDelete
  5. Bila PR dah menang lepas tu MCA, Gerakan, MIC & PPP join..lepas tu Cina dgn India yg pegang kuasa, emua hak Melayu ditaik balik dan seterusnya hidup merempat...macam kat Selangor dgn Penang sekarang org Melayu dgn agama Islam jadi 2nd class. Lepas tu Melayu duduk kat tepi2 hutan. Hahaha. Bagus2..menang sorak kampung tergadai...ayam terlepas tangan bau tahi.

    ReplyDelete
  6. engkau ni mesti kuat tgk berita kat tv3, tv1 n tv2 tu kan.. percaya sangat kat media umno tu... negara sekarang memang dah tergadai pun... BN dah jual lama dah kat cina... dapat BRIM sikit dah lupa dunia... sedar lah woi.....

    ReplyDelete
  7. Anon 11.42PM..aku tak lapar pun BR1M tu. Jgn nanti dah tua baru nak menyesal sudahlah...nasi dah jadi bubur. Skrng mata masih tertutup sebab mungkin diri masih muda dan tidak lalui kesusahan dan sudah termakan hasutan dan tipu helah pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Jgn gaduh2lah..biasalah org Melayu cepat lupa. Yg muda pulak rasa depa lagi pandai dari orang tua tu pasai sekarang ramai yg kurang ajaq tak nak dengaq nasihat apa pun. Silap2 semua sekolah tak seberapa pun tapi loqlaq lebih.

    ReplyDelete
  9. saham FGV dah jatuh merudum... depa guna duit kwsp buat beli saham FGV sebab nak support agar nilai saham FGV stabil... dah pencen nanti kwsp dah tak cukup nak bayar... sebab tu depa naikkan tahap umur bersara sebab duit KWSP takde... orng yang baca paper utusan, bharian, kosmo dan nst memang takkan faham...

    ReplyDelete
  10. Dah tu nak baca paper ape? Harakah? Suara Keadlian? Paper yg paling bodoh dlm dunia, lagi banyak sampah dari berita...buang masa je bace..lagi bnyk putar belit dan berita tipu...semua org lain tak betul, korang aje yg betul. FGV? Hmm putar belit lagi..bab itu ajelah yg korang pandai...selama ni ada ke yg tak dpt kluar KWSP? Kalau dah bangang tui tetap bangang..cakaplah ape pun mmg tak blh masuk dlm fikiran sempit korang. Cakap pasal reformasi berdegar2...ubah dulu minda tu.

    ReplyDelete