KOTA BHARU - Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini.
Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan
berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan
hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu.
“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu.
“Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati
bahagian bumbung hangus,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar
Harian di sini, kelmarin.
Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca
kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat
bertindak.
“Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak,
mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan
dan kecuaian orang lain,” katanya.
Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil
bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan
ciri-ciri berteknologi.
“Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta
bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain
menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya,” katanya.
*******
P/s: Macam sotong 'gantung' je...hehehe..
0 comments:
Post a Comment