Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 9, 2013

No Comment

Bapa Dan Anak Kantoi Khalwat
Bapa Dan Anak Kantoi Khalwat - Melaka : Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.
Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari. – Informasi Dot My

0 comments:

Post a Comment