Harian Metro melaporkan tentang seorang bapa kecewa kerana dipersalahkan kerana kematian anaknya.
GEORGETOWN: Seorang bapa terkilan dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kematian anak bongsu lelakinya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, di sini, pada 25 Disember lalu berpunca daripadanya.
Ruzaidi Yusoff, 43, berkata, dia kecewa dan malu selepas ramai pihak menyalakannya hingga menyebabkannya tertekan.
Menurutnya, ada yang mengutuk dan mengeluarkan perkataan kurang manis dalam laman web sehingga maruahnya sekeluarga tercalar.
Katanya, dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar terhadap kejadian menimpa anaknya, Muhammad Amshar Aniq Ruzaidi, 16, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.
Menurutnya, anaknya seorang penunggang berpengalaman kerana mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada pelatih profesional dari luar negara selain turut terbabit dallam pasukan motosikal berkuasa tinggi, Dam DDM Superbike di Litar Antarabangsa Sepang.
“Dakwaan mengenai punca kematian kerana tiada pengalaman dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi tidak benar sama sekali.
“Motosikal yang ditunggangi arwah milik saya bukan dihadiahkan seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar (bukan dari kumpulan The New Straits Times Press) tempoh hari.
“Saya merayu agar semua pihak menghentikan segala kecaman yang memberi tekanan terutama kepada isteri dan anak sulung kami, Muhammad Amirul Aqmar, 18, yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara di Merbok, Kedah,” katanya yang ditemani isterinya, Azlinda Danial, 43.
Sementara itu, Azlinda berkata, sebelum kejadian, anaknya ada memberitahu dan meminta izin untuk menunggang motosikal ayahnya itu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman di Bayan Baru.
Menurutnya, beberapa jam sebelum kejadian juga mereka sekeluarga sempat menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-20.
Katanya, Muhammad Amshar sempat memberikan hadiah istimewa kepadanya sebelum keluar dan selepas selesai solat Zuhur.- Harian Metro
Kenapa laporan Kosmo sebelum ini “Hadiah bapa bawa bencana” mengatakan motor tersebut hadiah dari bapanya. Mana Kosmo dapat sumber berita?? Laporan Kosmo Online sebelum ini.
Read more: http://www.ekeleh.com/bapa-kesal-kosmo-tipu/#ixzz2Gv4o7S7N
KOsmo ke...Utusan ke..kan adik beradik...keje nak menipu aje...same macam Mazidul je perangai...
ReplyDeletemenipu pn ko bace gak kn... banggang ko nie...
ReplyDelete