Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 2, 2013

No Comment

KLUANG - Bimbang diri dan pasangan ditangkap dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), seorang anggota tentera menggunakan alasan pintu bilik rumah tumpangan disewanya di Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, terkunci dari dalam.

Anggota berpangkat lans koperal dari kem tentera di daerah ini ditangkap bersama pasangannya dalam Ops Cegah Maksiat sempena sambutan tahun baru, pagi semalam.

Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, lelaki terbabit dipercayai baru mendirikan rumah tangga kira-kira sebulan lalu, namun sanggup memadu kasih bersama pasangannya yang kononnya sahabat sejak berada di bangku sekolah.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, lelaki berusia 24 tahun ini didapati mengunci biliknya dan kelihatan seakan mahu meninggalkan bilik sewa tersebut.

“Bahagian penguatkuasa bertindak segera menahannya dan menyuruh membuka pintu bilik sewa itu. Anggota tersebut beritahu kami bahawa dia sudah kunci bilik berkenaan dari dalam dan tidak mempunyai kunci bilik.

“Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh anggota tentera itu tidak boleh diterima dan meyakinkan pihak pejabat agama bahawa dia bersama kekasihnya,” katanya.

Anuar berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu bilik berkenaan dan akhirnya berjaya menemui seorang wanita berusia 24 tahun yang bersembunyi di dalam bilik air.

Beliau berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati anggota tentera berkenaan sudah berkahwin dan isterinya ditinggalkan di Muar bersama keluarga.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan baru sampai dari Melaka dan datang ke Kluang semata-mata mahu berjumpa dengan anggota tentera ini.

“Pasangan ini didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Operasi yang tamat sekitar jam 6 pagi itu melibatkan empat anggota Penguatkuasa Jaij daerah Kluang dan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

0 comments:

Post a Comment