Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 22, 2013

No Comment

Bekas Ketua IMF Bayar AS1.5 Juta Tutup Kes Cabul
Bekas Ketua IMF Bayar AS1.5 Juta Tutup Kes Cabul - PARIS : Bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn membayar AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sebagai penyelesaian luar mahkamah kepada seorang pengemas bilik hotel di New York yang mendakwa telah dicabul olehnya, lapor akhbar Perancis kelmarin.
Memetik sumber-sumber yang rapat dengan Strauss-Kahn, akhbar Le Journal du Dimanche berkata, wanita itu, Nafissatou Diallo telah menerima bayaran tersebut di bawah satu persetujuan rahsia sebagai penyelesaian saman Diallo ke atas dirinya.
Akhbar berkenaan menyatakan, Diallo mendapat 70 peratus wang tersebut selepas membayar pasukan peguamnya.
Diallo tuurt menerima bayaran daripada akhbar New York Post yang disamannya sebelum ini kerana melaporkan dia bekerja sebagai seorang pelacur.
Insiden itu memalukan Strauss-Kahn sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebagai ketua IMF serta memusnahkan harapannya untuk menjadi Presiden Perancis.
Strauss-Kahn ditangkap selepas Diallo mendakwa pemimpin itu memaksanya melakukan seks oral di bilik hotel penginapannya di Hotel Sofitel, New York pada Mei 2011.
Dalam insiden tersebut, Strauss-Kahn mengaku berlaku hubungan seks tetapi menegaskan bahawa hubungan itu adalah secara suka sama suka.
Siasatan jenayah terhadap insiden itu gagal selepas Diallo menukar keterangannya dengan pihak pendakwa raya menganggap kesnya sebagai lemah.
Strauss-Kahn, 63, masih berdepan siasatan di Perancis berhubung dakwaan beliau terlibat melanggan pelacur selepas sebuah mahkamah tempatan menolak permintaan agar dakwaan ke atas dirinya digugurkan. – AFP

0 comments:

Post a Comment