Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 23, 2013

One Comment

Budak Lelaki Maut Dihempap TV
Budak Lelaki Maut Dihempap TV - ALOR SETAR : Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin
Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.
Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.
Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.
“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.
Budak Lelaki Maut Dihempap TV
Lazzuan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman kuat menyebabkan dia keluar bilik air.
“Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah dengan Luqhman berada di bawah televisyen.
“Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini,” ceritanya sedih.
Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan.
Pemandu bas itu berkata, dia dan nenek mangsa tidak mengetahui bagaimana rak televisyen itu boleh jatuh.
Mayat Luqhman dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Sebelum ini, Lazzuan berkata, dia sering menegur Luqhman agar tidak bermain berhampiran rak televisyen kerana bimbang kejadian ini berlaku.
“Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ namun tidak menyangka kejadian sebegini terjadi juga,” katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ariff Abu Bakar, 33, berkata, dia tidak menyangka aktiviti memancing yang dilakukan bersama anak buahnya pada waktu petang sebelum kejadian merupakan detik-detik terakhir bersamanya.
“Ketika memancing Luqhman kelihatan sangat manja berbanding hari-hari sebelum ini,” katanya. – Kosmo

1 comments:

  1. ya allah.. budk umr 2 tahun ape yg die tahu.. mcm mne bpk die kta dh byk kli nsihtkn ank die jgn brmain brhmpiran meja t.v,bdk umr 2thn fhm ape? lain la umr 6 thun. tgk la meja die..pki kaki meja akuarium 2!t.v 2 kn brat..ksian ank yg xbrdosa krn kelalaian ibu bpa sdri,apepn sya mndoakan smoga arwh bby comel ni d tmptkan d syurga..amin..al-fatihah

    ReplyDelete