Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 21, 2013

No Comment
Dituduh Mencuri...Scha Al-Yahya Masih Kecil Hati


KUALA LUMPUR – Sekitar pertengahan bulan Oktober tahun lalu, kecoh dalam industri seni tanah air apabila pasangan suami isteri, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari dikatakan mencuri dalam pembukaan sebuah gedung baru di ibu kota.
Semenjak dari kekecohan cerita itu, dikhabarkan reputasi dan imej Scha serta Awal rosak teruk walhal mereka sudah pun menafikan cerita tersebut.
Menerusi laporan Berita Harian, Scha meluahkan dia masih lagi berkecil hati dan merajuk dengan penganjur gedung pakaian tersebut walaupun ia sudah pun berlalu beberapa bulan yang lalu.
Ini kerana, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tersebut bagi membersihkan nama Scha dan suaminya.
“Memang saya merajuk dengan penganjur apabila mereka tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk memulihkan kembali reputasi saya yang sudah tercemar.
“Berkali-kali saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh membersihkan nama saya. Namun mereka memberikan alasan polisi syarikat menghalang mereka berbuat demikian,” kata Scha.
Akibat dari kisah tersebut, Scha sedar ada pihak-pihak yang mahu bekerjasama dengannya seperti berasa curiga dengan dirinya.
Namun, atas dasar berdiri dan menegaskan dia tidak bersalah, Scha tidak mahu melihat kisah tersebut mampu melumpuhkan perjalanan kerjaya seninya.
“Walaupun tidak secara terang-terangan, tetapi ada juga syarikat produk saya wakili yang menyiasat kesahihan perkara itu daripada orang lain. Mungkin mereka bimbang jika perkara itu benar-benar terjadi.
“Namun saya tetap menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjadi tetamu majlis. Sekali gus ia membuktikan mereka percaya saya tidak terbabit dengan kes mencuri,” katanya.
Cerita tersebut kecoh selepas pembukaan gedung H&M untuk hari pertama yang pertama di Malaysia.
Scha dan Awal dikatakan telah mencuri sepasang baju bernilai RM2,000 dan bertindak meninggalkan acara perasmian tersebut tanpa membayar terlebih dahulu.
Cerita itu masih lagi tidak mempunyai kesahihannya hingga kini.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment