Jumaat lalu telah berlangsungnya program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 bagi minggu ke-7.
Ia menyaksikan kumpulan Sabon (Sathia & Abon) telah tersingkir manakala kumpulan Jozan (Johan & Zizan) masih menerajui carta undian teratas bagi setiap minggu.
Tetapi bukan kisah program berkenaan yang ingin diceritakan, tetapi mengenai status kesihatan pelawak dan pengacara radio Era FM, Johan.
Jika anda mengikuti Twitter milik Johan, isterinya Ozlyn Wati ada mengemaskini status yang mengatakan suaminya telahpun menjalani satu pembedahan pada bahagian lutut di mana ligament Johan dikatakan terkoyak.
Difahamkan, kecederaan yang dialami pelawak berumur 28 tahun itu adalah berpunca selepas dia bermain futsal pada malam sebelum MLM 2012 berlangsung.
Jika anda perasan, ketika kumpulan Jozan membuat persembahan, Johan dilihat berjalan sedikit terhincut-hincut akibat kecederaan lukanya itu.
Namun, anda tidak perlu risau, menurut isterinya Johan kini selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat di hospital.
Diharapakan Johan dapat sembuh dengan segara dan kembali aktif untuk melawak di Johara Pagi ERA dan MLM 2012.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil dari Instagram Johan dan isterinya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment