Jururawat ‘Projek’ Dengan Banduan - Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tahanan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam.
Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah.
Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride bagi membolehkan mereka terus berbalas mesej. Hubungan itu terbongkar apabila McBride membocorkan rahsia berkenaan kepada suami Karen, Darrie Cosford, yang bertugas sebagai warden di penjara berkenaan.
Dua rakan Karen, Carolyn Falloon, 50, dan Jacqueline Flynn, 46, turut didakwa bersekongkol dengan menyembunyikan insiden berkenaan. Karen menjadi jururawat di penjara itu sejak 15 tahun lalu dan McBride adalah seorang daripada pesakitnya. Perbicaraan masih bersambung. – TS
0 comments:
Post a Comment