WASHINGTON – Barack Obama hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh perkhidmatan penggal keduanya dalam satu upacara ringkas mengulangi kejayaannya empat tahun lalu menguasai Rumah Putih.
“Saya, Barack Hussein Obama, bersumpah…” kata Obama dalam upacara ringkas di Bilik Biru Rumah Putih sambil diiringi isterinya, Michelle.
Sumpah sebagai presiden itu diadakan di hadapan Ketua Hakim Roberts yang membacakan baris ayat sebelum diulangi semula oleh Obama.
Sebaik selesai upacara itu, Obama terus mendakap isteri dan dua anak perempuannya, Malia, 14, dan Sasha, 11. – AFP
0 comments:
Post a Comment