KANSER paru-paru menjadi punca kepada 20 peratus kematian pesakit kanser di Malaysia. Berdasarkan Kajian Pertubuhan Kanser Kebangsaan Malaysia, penyakit kanser paru-paru yang dihidapi oleh kaum lelaki pada masa ini adalah satu kebiasaan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 peratus lelaki di Malaysia yang merokok berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut. Manakala lima peratus adalah di kalangan wanita.
Menurut, Konsultan Klinikal Onkologis, Pusat Perubatan Pantai, Dr. Lam Kai Sang, merokok adalah punca utama seseorang mempunyai risiko tinggi menghidap kanser paru-paru.
"Perokok sama ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita mempunyai potensi tinggi untuk menghidap kanser paru-paru dengan purata umur 17 hingga 65 tahun. Semakin lama mereka menghisap rokok, semakin tinggi potensi untuk menghidap penyakit tersebut.
"Peningkatan pesakit barah paru-paru juga berlaku kepada wanita kerana pada masa ini kebanyakan wanita juga berada dalam kategori perokok tegar. Perilaku ini mendorong peningkatan pesakit barah paru-paru di Malaysia," katanya.
Katanya lagi, walaupun jumlah pesakit barah paru-paru semakin meningkat di Malaysia, tetapi jumlah sebenar pesakit tidak dilaporkan secara jelas berikutan tiada pengesanan awal dilakukan oleh pesakit.
"Kebanyakan pesakit yang datang berjumpa doktor, keadaan mereka ketika itu kritikal kerana barah sudah merebak pada peringkat keempat.
"Daripada jumlah tersebut, 60 peratus pesakit yang dirawat sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, manakala 12 peratus pesakit pula datang berjumpa doktor pada peringkat satu dan dua," katanya.
Ujarnya, apabila pesakit berada pada peringkat tiga dan empat, rawatan yang diberikan kepada mereka lebih bersifat membantu untuk kesan jangka masa panjang selain menjadikan kehidupan lebih berkualiti.
"Kanser paru-paru boleh dirawat dengan tiga kaedah rawatan utama iaitu pembedahan, radioterapi dan kemoterapi. Jenis rawatan bergantung kepada saiz, keadaan perebakan dan jenis sel paru-paru tersebut.
"Gejala ini bergantung kepada saiz dan tempat kanser paru-paru itu wujud. Pada peringkat awal mungkin gejala kanser paru-paru tidak ditemui. Tetapi tumor tersebut mungkin ditemui secara tidak sengaja selepas melalui Sinar-X.
"Antara gejala tersebut adalah batuk yang berterusan, sesak nafas, kahak berdarah, kurang berat badan, sakit dada dan suara garau,' katanya.
Tambahnya, dalam membantu pesakit kanser paru-paru menjalani kehidupan yang lebih baik, Pantai Hospital telah memperkenalkan Volumatrid Moludated Arc Theraphy (VMATE) iaitu kaedah rawatan radiasi untuk pesakit kanser yang pertama digunakan oleh Unit Radioterapi Institut Kanser Pantai.
"Berbanding dengan rawatan Intensiti Modulated Radiation Therapy (IMRT), rawatan secara VMATE mengambil masa yang singkat sebanyak 50 peratus untuk merawat pesakit.
"Pesakit yang mendapatkan rawatan menggunakan kaedah VMATE mengambil masa yang lebih cepat selain membantu memberikan keselesaan kepada pesakit," katanya.
Ujarnya, sejak VMATE diperkenalkan, lebih 12 pesakit yang menghidap kanser otak, paru-paru dan prostat yang menggunakan kaedah ini menemui keputusan positif.
Pada masa ini juga, Malaysia antara negara Asia Tenggara yang menggunakan VMATE seperti Taiwan, Hong Kong , Singapura dan Thailand untuk pesakit kanser. - BH

0 comments:
Post a Comment