Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 20, 2013

No Comment

Seorang pekerja dan juga ibu kepada seorang anak nyaris maut apabila rambutnya tertarik pada sebuah mesin di tempat kerjanya.

Wanita hampir mati dikerjakan mesin

Kelly Nield, 24, menyangkakan nyawanya bakal melayang setelah skaf dan toncangnya tersangkut pada sebuah mesin. Rantai pada mesin tersebut bergerak dan menyebabkan skaf yang dipakai Kelly secara tidak sengaja mencekik lehernya sendiri. Jarinya turut patah dalam usaha untuk melepaskan diri.

Mujurlah seorang rakan sekerjanya yang menyedari kejadian tersebut segera mematikan suis. Malangnya Kelly terpaksa dimasukkan ke hospital selama tiga bulan sebelum dibenarkan keluar. "Saya batuk darah dan melihat jari saya terkulai. Saya turut menjerit tetapi bunyi mesin di kilang tersebut terlalu bising. Saya bertanyakan kepada doktor adakah saya akan mati?"

Wanita hampir mati dikerjakan mesin

Para pekerja di kilang tersebut tidak pernah diberi amaran mengenai pemakaian skaf dan juga berambut panjang. Kilang ini dikatakan akan didenda lebih dari £80,000 atas kecuaian dalam menjaga keselamatan pekerja. Majikannya, James Hutchison melahirkan rasa kesal atas kejadian tersebut.

0 comments:

Post a Comment