Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 10, 2013

No Comment

wanita Medan Cantik
Gambar Hiasan
Wanita Medan Idaman Lelaki Malaysia | Bunyi seperti tiada lagi perempuan cantik dan bersopan santun di Malaysia. Sampai sanggup pergi keseberang (Medan, Indonesia) semata untuk mencari Wanita pujaan.
Ini yang sedang berlaku dimana sesetengah Lelaki Malaysia sanggup berulang-alik semata-mata mencari wanita mempunyai ciri yang makin hilang dalam masyarakat Malaysia. Apakah ciri-cirinya ? 
Pakej dimiliki wanita Indonesia, terutama dari Medan, mencakupi senarai kriteria wanita idaman segelintir lelaki tempatan.
Tidak hairan, ada lelaki Malaysia sanggup berulang-alik ke Indonesia semata-mata untuk mencari jodoh menepati ciri-ciri diingini daripada gadis seberang.
Pakar Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM)Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perawakan wanita Medan yang manislemah-lembut dan bersopan-santun menyebabkan ramai lelaki tempatan tewas dengan ‘X-factor’ atau kelebihan itu.
“Biarpun lelaki tempatan sentiasa mengikuti peralihan zaman dengan hidup gaya moden dan boleh menerima hakikat bahawa pemikiran serta tingkah laku wanita kini berbeza, mereka masih berfantasi memiliki pasangan yang patuh dan tidak pernah berkata tidak kepadanya.
“Lelaki mempunyai senarai panjang mengenai wanita idaman. Mereka mahukan isteri setia melayan dan tidak pernah mempertikaikan setiap tindak-tanduk mereka.
“Ibaratnya, lelaki mahukan layanan gah seperti raja di rumahkepuasan itu mungkin diperoleh daripada pasangan dalam kalangan wanita Medan yang masih menebal sikap hormat kepada suami,” katanya mengulas isu berkaitan lelaki tempatan gemar mengahwini wanita Medan.
Beliau berkata, kelebihan berwajah ayu serta penerimaan keluarga wanita kerana percaya dengan kemampuan lelaki Malaysia menyara kehidupan keluarga membuatkan perkahwinan dua negara itu berjaya.-SUMBER-
Bukan tiada wanita yang mempunyai ciri seperti ini. Cuma wanita yang seperti ini telah dinodai olah lelaki Hidung Belang. Pada Wanita, Jaga Maruah anda yang telah lama disimpan khas untuk Suami tersanyang…

0 comments:

Post a Comment