Wanita Tertelan Alat Gerudi Gigi - Sweden : Seorang warga emas yang mengunjungi doktor gigi, berdepan mimpi ngeri apabila dia tertelan alat gerudi ketika pembedahan menyebabkan alat tersebut melekat di paru-paru kanannya.
Ketika kejadian, wanita itu sedang menjalani pembedahan implan gigi di Hospital Vastmanland.
Drill yang dipegang oleh doktor gigi berkenaan dilaporkan telah terlepas dari tangannya sebelum ia terjatuh ke dalam mulut wanita itu.
Wanita tersebut kemudiannya didudukkan bagi membolehkan doktor mengeluarkan alat berkenaan, namun ia telah terlewat apabila gerudi sepanjang tiga sentimeter itu memasuki paru-parunya.
Dia kemudiannya cuba meludah dan batuk, namun alat itu telah ditelannya menyebabkan doktor terpaksa melakukan x-ray.
Imbasan tersebut mendapati alat itu berada di paru-paru kanannya, menyebabkan satu kamera kecil dan pemutar skru dimasukkan bagi menarik keluar alat berkenaan.
Wanita berkenaan dibenarkan meninggalkan hospital sehari selepas alat itu dikeluarkan namun dia mengambil masa selama sebulan untuk melupakan kejadian menakutkan itu.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, hospital berkenaan memperkenalkan prosedur baru dengan melaksanakan peraturan agar semua peralatan diperiksa dua kali sebelum ia digunakan. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment