Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 20, 2013

No Comment

Amber Chia Ajar Kanak Kanak Jadi Model
Amber Chia Ajar Kanak-Kanak Jadi Model - KUALA LUMPUR : Peranan supermodel negara, Amber Chia nampaknya bukan sahaja di laluan runway, tetapi kini dia memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan bakal peragawan dan peragawati terbaik masa depan.
Baru-baru ini, bertempat di cawangan Amber Chia Academy di Pulau Pinang, model terkenal itu telah mengajar cara catwalk yang betul kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 10 tahun.
Menurut Amber Chia, ianya merupakan salah satu program baru yang disediakan oleh akademi miliknya dan sejak diperkenalkan seramai 70 orang kanak-kanak telah berminat mengambil bahagian dalam Modeling Kids.
“Satu pengalaman cukup menyeronokan buat saya, kerana berpeluang mengajar kanak-kanak cara catwalk dengan baik.
“Bukan kerja yang mudah kerana kanak-kanak sememangnya tidak mahu dipaksa atau diperintah. Jadi saya menggunakan pendekatan tersendiri dengan memastikan mereka ceria bersama beberapa permainan yang sediakan sebelum meminta mereka catwalk.
“Syukur juga kerana semakin ramai ibu bapa sekarang yang agak terbuka untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program ini. Tentunya sesuatu yang baik untuk masa depan dunia fesyen kita,” katanya ketika dihubungi portal murai.com.my.
Kata Amber Chia, program berkenaan memerlukan setiap kanak-kanak menyertai beberapa peringkat aktiviti yang disediakan dalam masa 3 bulan seperti catwalk secara solo dan juga berkumpulan, sesi fotografi, sesi videografi , solekan serta beberapa aktiviti berkaitan dunia peragaan.
Lebih menarik menurut Amber Chia, apabila ibu bapa didedahkan dengan cara solekan yang betul khusus untuk kanak supaya tidak lagi berlaku kesilapan dalam memilih warna gincu bibir atau pembayang mata buat mereka.
Tambahnya, dalam tempoh 3 bulan sebanyak 12 kelas disediakan oleh akademi berkenaan. Di mana memerlukan komitmen selama 2 jam bagi setiap kelas yang dihadiri kanak-kanak tersebut.
“Ibu bapa hanya dibenarkan hadir di awal sesi pembelajaran sahaja bagi memastikan mereka faham dengan aktiviti yang kami sediakan di sini dan seteruskan pihak akademi akan mengambil alih sepenuhnya peranan supaya kanak-kanak ini lebih berdikari.
“Apa yang menarik, ramai kanak-kanak yang cepat menerima aktiviti yang kami ajari dan kami sangat berbesar hati kerana tahun lalu kami telah berjaya melahirkan seorang model kanak-kanak , di mana dia kini menerima banyak tawaran iklan.
“Harapan saya, agar program ini akan terus berkembang dan saya akan dapat melahirkan model terbaik kerana merekalah masa depan saya,” katanya ceria.
Modeling Kids memberi peluang kepada kanak-kanak yang bercita-cita ingin menjadi peragawati atau peragawan dan berpeluang belajar bersama supermodel Amber Chia.
Untuk mendaftar dan mendapatkan keterangan lanjut sila layari 

0 comments:

Post a Comment