Barua Serangan Diberkas - Semporna : Polis menahan empat lelaki di Kampung Airport, di sini, semalam yang dipercayai menjadi tali barut pengganas dari Sulu, Filipina, termasuk seorang daripada mereka disyaki terbabit secara langsung dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan, petang Sabtu lalu.
Empat lelaki keturunan Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bermula jam 12 tengah hari semalam.
Jurucakap pasukan itu berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di dua rumah di kampung berkenaan yang lokasinya berhampiran Kem Tentera Darat, Seri Wangsa.
“Kami mula melakukan siasatan dan risikan terhadap penghuni dua rumah itu sejak Ahad lalu iaitu selepas kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya. “Sebelum menyerbu rumah terbabit, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki berusia 25 tahun ketika dia keluar dari kawasan belukar berhampiran rumah disasarkan dan pemeriksaan mendapati dia turut memiliki syabu.
“Pada mulanya, kami menyangka dia mungkin sekadar penagih atau pengedar dadah, namun selepas siasatan lanjut didapati berkemungkinan besar lelaki itu ada kaitan dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya yang mengorbankan enam nyawa pegawai dan anggota polis kita,” katanya ketika ditemui selepas melakukan operasi. – Metro
Periksa betul-betul. Entah-entah dia sorang dari projek IC UMNO/BN dulu. Kalau gitu kena cari yang lain-lain. Dengar khabar dekat 1 juta yang dapat IC M'sia. Tak tahu dimana ketaatan mereka sebenar - M'sia ke Filipina?
ReplyDeleteBukan apa-apa, takut anjing gigit tuan lagi. Jadi kena ambil langkah berjaga-jaga...............
BengGong tUli betul Kau ni, ini bukan pasal ic la...jgn sempit kan OtoK yg Allah bagi bro...khabar jgn dgr cari faktar baru cita, sama juga pasal duit Pampasan perang JEpun utk rakyat kelantan itu pun khabar juga bila wakil kedutaan jepon cakap tak ada baru semu terngangga belaka.
ReplyDeletetu la.. ada otak x pandai nak pikir.. asyik ikut cerita org jer.. ko org sabah ker?.. meh sini aku nak gtau.. org yg dpt ic kt sabah tu mmg dah duduk lama baru dapat kerakyatan & ic kt sana.. tu pun melalui proses yg sah.. BANGANG SANGAT KO JADI ORANG.. KO X UBAH CAM LALANG...
ReplyDelete