Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 18, 2013

2 comments
Bekas Imam Rogol Budak Bawah Umur

Bekas Imam Rogol Budak Bawah Umur - “Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili,” kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua’man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.
Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini.
Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di Johor Bahru pada kira-kira 3 petang, 21 Februari 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua’man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. – paapaada.blogspot

2 comments:

  1. manusia celaka camnih mmg ramai dlm masyarakat kita!

    ReplyDelete
  2. tngok popuan pakai baju xcukup kain sapa x bnafsu..semua laki2 pn sama..
    ptt popuan yang pakai seksi mcm mintak kena rogol ni pun kena lokap..kasi seminggu pun cukup.
    itu namanya gangguan seksual pada kaum lelaki..
    haiya..
    pompuan ptt jaga pemakaian..
    budak pun boleh stim wo..

    ReplyDelete