Baghdad – Sekurang-kurangnya 112,000
penduduk awam terbunuh dalam masa 10 tahun sejak serangan diketuai
Amerika Syarikat pada 2003 terhadap Iraq yang menggulingkan Saddam
Hussein, kata satu laporan terbaru yang disiarkan semalam.
Jika termasuk pejuang kedua-dua pihak
sepanjang konflik sedekad itu selain kematian orang awam lain yang tidak
dilaporkan, angka itu boleh mencecah sehingga 174,000, kata kumpulan
Iraq Body Count (IBC) berpejabat di Britain. – AFP
0 comments:
Post a Comment