SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan skim pelaburan baru,
pengisytiharan amanah serta hibah amanah di bawah Amanah Saham Nasional
Berhad (ASNB) yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 11 juta
pemegang sahamnya.
Perkhidmatan Hibah Amanah dan
pengisytiharan amanah disediakan bagi pemegang Islam dan bukan Islam, ia
dilancarkan sempena sambutan ulang tahun Permodalan Nasional Berhad
(PNB), ke-35.
Beliau berkata pendaftaran kedua-dua perkhidmatan itu boleh didapati di pejabat ASNB seluruh negara mulai Isnin.
“Perkhidmatan baru yang disediakan ini
akan membantu pemegang saham ASNB dalam merancang harta mereka
terutamanyan berkaitan dengan unit amanah ASNB, supaya ia akan diagihkan
kepada keluarga mereka melalui proses yang lebih mudah dan cepat,”
katanya di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).
Hibah Amanah ialah satu perkhidmatan
sejajar dengan Syariah yang berkaitan konsep “mempercayai dan
membenarkan” dalam pengurusan sementara Pengisytiharan Amanah pula
berkaitan konsep amanah, kata PNB dalam satu kenyataan.
Di bawah skim ini, pemegang amanah yang
meninggal dunia secara automatiknya aset mereka akan dipindah milik
kepada keluarga masing-masing atau insan yang mereka sayangi.
Untuk mendaftar, pemegang saham mesti berumur 18 tahun ke atas.
Waris tidak kira sama ada rakyat
Malaysia atau rakyat asing namun mereka mesti mempunyai pertalian darah
atau hubungan langsung dengan pemegang saham. – mStar Online
0 comments:
Post a Comment