Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.
Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.
Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.
Susulan dari kontroversi itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.
Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Dulu Rozita Che Wan harapkan VVIP pilih dia. VVIP hilang minat, terpaksa cari pengganti. Zain jadi pak sanggup.
ReplyDeleteDah tua tapi tak sedar diri. Dia kena ingat, kalau seksi-seksi, bakal jadi bahan api kat neraka. Bawaklah bertaubat. Umur tu dahlah semakin pendek.
betul cakap kau tu..
ReplyDeletemakin tua makin menjadi, sepatutunya makin tua makin dekatkan diri dgn allah...
dari segi pemakaian, tingkah laku, confirm cheta bukan seorang hamba allah yg mengerjakan sembahyang, bukan nak buat fitnah tapi common sense la, kalo dia sembahyang takkan dia akan pakai pakaian seksi dan akan bertudung.
berkepit dgn zain yang tiada ikatan sah bagaikan suami isteri..
tak sangka cheta seorang wanita begini rupa, kalo dah xda malu kat masyrakat, tapi malulah, takutlah kat allah swt, ingat kau tu seorang islam, takkan kau takfaham tentang agama kita, mak bapak kau tak didik kau ke masa kecik2? kau xpegi kelas fardu aian ke? kau tak baca al quran ke?
cari pun lelaki yg macam zain ni..macam mana lah nak didik kau ke jalan allah...lelaki pun xbetul, warna rambut, confirm xsembahyang punya.
eloklah korang hanyut dgn dosa2, baliklah ke pangkal jalan, sembahyang, ingat pesan dan suruhan allah. kalo x sia sia saja korang kahwin..
biasa lah kambing tua nak dapat pucuk muda kena lah seksi huhuhu takut nanti kambing tua duduk sendiri hahahaha
ReplyDeleteDrpd Dia kita datang drpd Dia juga lah kita kembali..
ReplyDeletebrtaubat la sblum trlambat..
Ingat, kaum hawa la yg pling rmai masuk syurga & kaum hawa jugak la yg pling ramai msuk neraka..Renung2kan :)
Anon March 23, 2013 at 12:19 AM
ReplyDeleteIngat!! Yg awak kutuk tu tetap makhluk ciptaan Allah.
Kalau sembahyang tonggang tonggek pun tapi mengumpat, mengeji dan memfitnah sesama Islam tetap masuk neraka...makan daging busuk. Sbgai peringatan je.
anon March 23, 2013 at 4:29 PM .. yg ko gelabah pehal.. ko backup sgt si rozita tu pesal.. dah salah .. betul la apa yg Anon March 23, 2013 at 12:19 AM cakap.. rozita tu x sedar lol itu badan dia kasi calar ada parut baru nk tutup
ReplyDelete