Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 17, 2013

No Comment

Tiga Lelaki Islam Dipaksa Cukur Janggut
Tiga Lelaki Islam Dipaksa Cukur Janggut - MOSCOW : Tiga pengunjung beragama Islam di kafe berhampiran masjid di bandar Surgut mendakwa mereka dipaksa untuk mencukur janggut semasa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di premis itu pada awal bulan lalu.
Seorang daripada lelaki tersebut memberitahu, pegawai polis itu turut menyalakan pemetik api di bawah dagunya sambil memberi amaran keras kepada mereka.
Laman berita Red Hot Russia melaporkan, saksi mendakwa kira-kira 15 anggota memakai pakaian seragam polis perusuh menyerbu kafe tersebut dan memaksa semua pengunjung melutut di lantai.
Beberapa individu turut dibawa ke balai polis kononnya untuk membantu siasatan dalaman yang dilakukan oleh mereka. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment