Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 17, 2013

2 comments
Datuk Ahmad Maslan


MELAKA – Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.
Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
“Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.
“Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
“Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu…kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri,” katanya.
Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.
Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. – BERNAMA

2 comments:

  1. Nilaikan:
    Kes pembunuhan Altantuya. Dalam pembukaan perbicaraan Azilah Hadri dan Sirul Azhar declare dia orang special assignment bodyguard kepada Najib.
    Ikut hierarchy, tak ada sesiapa boleh reassign pegawai special assignment to the PM - kecuali Bukit Aman atau PM sendiri.
    Ikut ceritanya, Abdul Razak Abdullah Baginda minta bantuan dari balai polis. Mana boleh balai polis biasa assign Azilah Hadri dan Sirul Azhar untuk bantu Abdul Razak Abdullah Baginda. Kan pelik bin ajaib. Dah tentu mesti dapat kelulusan dari Najib atau Bukit Aman. Kat sini je dah nampak yang Najib memang terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
    Okay, kalau ye pun Anwar terlibat dengan salahlakyu seks - ni bukan meyatakan bahwa dakwaan itu benar, tau. Bunuh orang dengan salahlaku seks, mana lebih berat? Lebih-lebih lagi pembuatnya PM.

    ReplyDelete
  2. jangan jadi orang yang penuh teka teki sgt.. smua ni propaganda politik je.. silap2, ni anwar yang buat.. n then salahkan umno.. atau bini dia yang buat n upload sebab cemburu.. mmg banyak spekulasi yang jadi andaian.. so, jangan nak mandai2 buat sepkulasi sendiri.. yang penting.. Jangan menuding jari pada org.. satu jari tunjuk kat org.. 4 jari lagi tunjuk kat kita.. last2 kita yang silap.. merana bro..

    ReplyDelete