Kuala Lumpur: Empat lelaki yang menaiki Proton Waja dilihat memanjat tembok rumah milik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara, kelmarin.
Difahamkan, kejadian berkenaan membabitkan kerugian RM25,000 itu berlaku beberapa jam selepas menteri berkenaan bersama isteri keluar dari rumah jam 5 petang.
Pembantu rumah menteri itu dikatakan tidak sengaja membiarkan pintu hadapan rumah terbuka ketika melakukan kerja dalam rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, berdasarkan keterangan saksi, empat suspek itu memanjat tembok pagar rumah berkenaan sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu depan yang tidak berkunci.

ANGGOTA polis memeriksa kediaman Khairy, kelmarin.
Menurutnya, sebaik masuk mereka menuju ke bilik tidur utama dan menyelongkar bilik berkenaan. - Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
0 comments:
Post a Comment