Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 26, 2013

No Comment
Ban Ki-moon

DAMASCUS – Lebih 100,000 orang terbunuh dalam perang saudara di Syria, demikian angka yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini.
Susulan itu, Ki-moon merayu agar usaha baru dijalankan agar satu rundingan keamanan dapat diadakan bagi menangani konflik di negara Asia Barat itu.
Di Syria, keganasan terus meletus di Bandar Homs serta letupan bom kereta di Damsyik yang mengorbankan 17 orang, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Syria.
Ki-moon dan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), John Kerry memberitahu media di PBB bahawa hampir tiada lagi pilihan untuk menggunakan ketenteraan bagi menyelesaikan konflik yang sudah berlarutan 28 bulan itu.
“Lebih 100,000 nyawa sudah melayang, berjuta orang sama ditempatkan semula atau menjadi pelarian di negara jiran.
“Kita mesti menamatkan semua ini. Penggunaan tentera dan keganasan yang berlaku mesti dihentikan. Rundingan untuk perdamaian di Geneva mestikan dilakukan secepat mungkin,” kata ki-moon. – AFP

0 comments:

Post a Comment