Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 26, 2013

No Comment
Serangan Bom

BAQUBA – Dua serangan bom berdekatan kedai dan kafe di Iraq, semalam tadi mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.
Ia adalah serangan terbaru menjadikan lebih 700 sudah terkorban sejak keganasan tercetus di Iraq, bulan ini.
Bom pertama meledak jam 8.30 malam waktu tempatan di Bandar Nawfel, di utara Baghdad, manakala satu lagi bom meletup ketika orang ramai berkumpul di lokasi sebaik kejadian.
Kejadian itu menyebabkan 15 terbunuh manakala 15 lagi cedera.
Dalam kejadian kedua, di Madain, selatan Baghdad, bom meletup di sebuah kafe dengan mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang manakala 10 lagi cedera.
Letupan berlaku selepas umat Islam berbuka puasa pada Ramadan ketika orang ramai sedang beristirahat di kafe. – AFP

0 comments:

Post a Comment