Kontroversi sama ada Diana Danielle (DD) sudah melahirkan anak atau pun belum sedikit terungkap apabila empunya badan mengepos gambar berupa caption di laman Instagramnya memohon agar peminat mendoakan agar kelahiran anak sulungnya dipermudahkan.
DD turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya dia ada menyakitkan hati sesiapa.
Sebelum ini, kontroversi tersebar apabila seorang wartawan melaporkan ibu DD mengeluarkan kenyataan kepada VIP anaknya itu sudah bersalin.
Namun perkara ini dinafikan suami DD, Farid Kamil. Farid turut memuatkan sebuah video berdurasi 36 saat di Keek miliknya menyatakan DD sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai depan.
0 comments:
Post a Comment