Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 3, 2013

No Comment
Bukan satu rahsia lagi bahawa Rusia adalah salah satu negara yang maju membangunkan manusia mesin atau cyborg. Kali ini salah satu jutawan di negara tersebut ingin ciptakan manusia abadi.

Mashable (02/04) melaporkan bahawa ada seorang jutawan asal Rusia ingin menggabungkan tubuh manusia dengan mesin agar tercipta tubuh manusia abadi.

Sebenarnya, jutawan yang bernama Dimitry Itskov ini sudah mula melakukan pembiayaan kepada beberapa saintis untuk merealisasikan ideanya tersebut sejak 2011, namun hingga sekarang pola yang diinginkan masih belum tercapai dan terus dibangunkan.

Prinsip kerja yang dikehendaki oleh Itskov adalah dengan menggunakan otak manusia yang masih aktif ke dalam tubuh sebuah manusia mesin atau cyborg. Dengan menggunakan otak aktif tersebut, maka manusia si pemilik otak akan tetap hidup hanya dalam balutan tubuh mesin bukan daging dan tulang seperti manusia pada umumnya.

Tidak hanya itu saja, apabila organ manusia tersebut sudah dapat terintegrasi sempurna dengan tubuh mesinnya, maka ingatan, keperibadian dan segala hal yang dimilikinya masih akan tetap ada atau tidak dipadam serta dia akan mendapatkan tambahan keupayaan lain seperti dapat berhubung dengan internet, bergerak dengan kelajuan cahaya sampai mampu untuk hidup di luar angkasa.

Boleh saja orang awam melihat idea yang cuba direalisasikan Itskov ini adalah suatu perkara yang tak masuk akal, namun sekarang ini sudah ada teknologi yang tercipta sedikit mirip seperti idea dia tersebut.

Teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi yang membolehkan manusia untuk menggerakkan, mengendalikan dan mengawal sebuah mesin hanya dengan pemaksimalan kerja otak atau yang disebut dengan Brain-Machine Interface (BMI).

Memang apabila melihat dari pola ketukangan dan ideanya sangat bercita-cita tinggi dan menentang undang-undang alam terutama hukum Tuhan, namun Itskov yakin bahawa apa yang telah dia dan para saintis lakukan dapat tercapai.

Itskov menyebut projek pertamanya ini dengan nama Avatar A atau projek pembuatan tubuh mesinnya saja. Dijangka akan selesai sekitar tahun 2020 mendatang. Projek seterusnya yang bernama Avatar B atau projek untuk menginplan otak manusia aktif ke dalam tubuh mesin tersebut dijangka disiapkan sekitar tahun 2025.

Itskov menjadualkan pada tahun 2035, projek Avatar-nya itu dapat diuji dan diharapkan sekitar tahun 2045, projeknya itu sudah boleh beroperasi sempurna.

Mungkin bagi orang-orang yang masih memegang teguh agama dan kepercayaan, apa yang dilakukan Itskov ini adalah bentuk dari perlawanan terhadap Tuhan sebagai pencipta perseorangan makhluk hidup khususnya manusia.

Akan tetapi, mungkin bagi para saintis, idea dari Itskov ini menjanjikan sesuatu perkara baru yang sangat hebat. Bergantung dari sudut mana anda melihatnya

0 comments:

Post a Comment