Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 7, 2013

No Comment


DITANGKAP TERTIDUR... tiga gambar menunjukkan detik-detik Abdul Khalid tertidur kira-kira 15 saat pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Sidang akhbar Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam menyaksikan gelagat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba-tiba hilang fokus sebelum terlelap ketika bercakap kepada sekumpulan pemberita.

Turut bersama pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini ialah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas mengenai majlis angkat sumpah tersebut.

ADUN Pelabuhan Klang tersebut disedari tertidur apabila beliau membuat kenyataan dalam nada terputus-putus sehingga sukar difahami dan diikuti mata tertutup sebelum terus terlelap selama hampir 15 saat.

Apabila tersedar, Abdul Khalid ditanya seorang pemberita sama ada beliau tertidur. Menteri Besar itu mengakui bahawa beliau sememangnya terlelap.

Selepas itu, Abdul Khalid yang masih berada pada sidang akhbar sama turut dilihat terlelap buat kali kedua selama kira-kira 10 saat ketika Hannah bercakap di depan kira-kira 15 wartawan dan jurugambar.

0 comments:

Post a Comment